Pusat Perhubungan Alumni Memaksimakan Ruang Read@Uni Laman Al-Falah Dengan Melancarkan Kempen Cinta Pada Ilmu | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Pusat Perhubungan Alumni Memaksimakan Ruang Read@Uni Laman Al-Falah Dengan Melancarkan Kempen Cinta Pada Ilmu

Pusat Perhubungan Alumni Memaksimakan Ruang Read@Uni Laman Al-Falah Dengan Melancarkan Kempen Cinta Pada Ilmu

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

 

SERDANG, 22 Ogos – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah mengambil inisiatif dengan memaksimakan penggunaan ruang read@Uni Laman Al -Falah dengan melancarkan kempen Cinta Pada Ilmu.

Kempen yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud itu dihidupkan dengan beberapa siri perkongsian ilmu daripada para pegawai dan staff ARCUPM pada setiap minggu. Perkongsian ini terdiri daripada anatosi buku, kisah-kisah teladan daripada filem, kisah sebuah kehidupan dan juga sayembara puisi lama.

Inisiatif ini adalah untuk menghidupkan perkongsian ilmu dalam kalangan staf dan warga UPM dalam usaha memupuk budaya membaca dan seterusnya ilmu itu dikongsi dengan yang lain.

Program Read@Uni Laman Al-Falah ini salah satu usaha dalam menyemarakkan lagi aura sambutan 50 Tahun UPM yang mana kemuncak sambutannya pada 1 Oktober 2022 iaitu Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming 2022, 50 Tahun UPM, Seluhur Budi Sekalung Kasih, manakala kempen Cinta Pada Ilmu ini juga dilihat bersesuaian dengan seruan ‘Sederap Melangkah Menuju Al-falah’ oleh YH. Dato’. Prof. Dr. Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Pada majlis pelancaran ini juga, Pengarah ARCUPM, Prof, Madya Dr. Arba’ie Sujud, menyeru kepada semua staf dan warga UPM untuk terus menghidupkan ruang read@uni di Pusat Tanggungjawab masing-masing dalam usaha membudayakan sikap suka membaca di kalangan rakyat Malaysia dan warga UPM khasnya.

 

“Read@uni Laman Al-Falah merupakan salah satu program  yang dijalankan oleh Pusat Perhubungan Alumni dan ini adalah satu ruang ataupun platform untuk para alumni, staff dan para pelajar untuk berkongsi ilmu, pandangan maklumat dalam usaha kita mensejahterakan diri dengan pengisian yang bermanfaat. Dengan slogan ‘berlimu berbakti’ program ini dilihat satu usaha kita terus memberi satu dimensi baru dalam membudayakan sikap membaca dan seterusnya berkongsi ilmu yang diperoleh dengan mereka yang lain. Ruang read@uni laman la-falah ini juga sebagai satu tanda kesiapsiagaan kita sebagai warga UPM untuk terus menyumbang ilmu masyarakat dan seterusnya memajukan masyarakat dengan kempen Cinta Pada Ilmu ini.

Apa yang diharapkan agar kempen Cinta Pada Ilmu ini akan terus bersemi, subur dan disemarakkan lagi untuk kita bersama-sama mensejahterakan masyarakat menerusi budaya membaca tidak kira di mana sahaja berada sama di Institusi pengajian tinggi, di rumah malah di mana sahaja selagi ada ruang dan peluang untuk menambah ilmu,” ujarnya pada majlis pelancaran itu.

Bagi penyelaras program yang diketuai oleh Nik Hafzaini Nik Hassan, program ini secara tidak langsung memberi ruang kepada staff, alumni dan pelajar untuk memantapkan kemahiran diri terutamanya untuk memberi pengucapan awam.

“Tidak semua ada keyakinan diri yang tinggi untuk berada di khalayak dan menjadi tumpuan. Jadi dengan sesi perkongsian di read@uni Laman Al-Falah ini sekurang-kurangnya menjadi platform untuk mengasah bakat dan meningkatkan keyakinan diri apabila perlu memberi ucapan di hadapan khalayak.

Ruang ini terbuka untuk sesiapa sahaja berkongsi ilmu, pandangan dan maklumat selagi ianya tidak bertentangan dengan etika Universiti dan selagi mana ianya memberi manfaat kepada semua terutama warga UPM,” ujarnya pada majlis itu.

Sehingga kini, read@uni Laman Al-Falah Pusat Perhubungan Alumni sudah mempunyai tiga siri perkongsian yang dimulai oleh Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Encik Fahmi Azar Mistar yang berkongsi mengenai buku “Tsuku Tazaki Tanpa Warna’ dan “Syarah Hadis 40  Imam Nawawi’ oleh Cik Aida Fitri Peli yang merupakan staff di ARCUPM.

 

 

Tarikh Input: 29/08/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEeQAx~