PROGRAM ALUMNI PUTRA JANNAH – AGIH 3000 HELAI PAKAIAN DAN TUDUNG RAYA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PROGRAM ALUMNI PUTRA JANNAH – AGIH 3000 HELAI PAKAIAN DAN TUDUNG RAYA

PROGRAM ALUMNI PUTRA JANNAH – AGIH 3000 HELAI PAKAIAN DAN TUDUNG RAYA

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG - Pusat Perhubungan Alumni telah menerima sumbangan pakaian daripada pihak MyFundAction sebanyak 3000 helai pakaian merangkumi baju kanak-kanak, baju wanita dewasa pelbagai size dan pelbagai jenis tudung. Kesemua pakaian ini adalah pakaian baharu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan terutamanya asnaf, dan anak-anak yatim.

Menurut Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni, Encik Fahmi Azar Mistar yang turut dibantu oleh Penolong Pendaftar, Pusat Perhubungan Alumni UPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan, menyifatkan Program Alumni PUTRA Jannah satu program usahasama bersama komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersifat menyeluruh dan meluas.

 

“Kami mengambil pendekatan konsep ‘berkongsi rezeki’. Untuk meyebarluaskan lagi golongan yang dapat dibantu, kami turut melibatkan entiti-entiti lain di Universiti Putra Malaysia selaku rakan strategik kami.  Lapan (8) rakan strategik yang terdiri dari Pejabat Pendaftar, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Kolej Sepuluh, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Pertubuhan Yayasan Salak dan Chapter Alumni Yosh UPM, dilihat dapat melancarkan proses agihan menjelang ramadan dan pakaian ini dijangka selesai kesemua agihannya sebelum umat Islam menyambutkan Hari Raya Aidilfitri nanti. Selain itu jalinan bersama rakan strategik ini juga dilihat dapat memperkukuhkan jalinan dan hubungan antara Universiti dan alumni. Ianya seiring dengan slogan “Eratkan Kerjasama Sesama Alumni’ yang mana program-program yang mesra alumni dan melibatsama alumni sama ada secara langsung ataupun tidak langsung akan terus diperluaskan pada masa akan datang dan setiap entiti mempunyai alumninya yang tersendiri,” ujarnya pada majlis simbolik penyerahan yang disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Ybhg. Dato’ Prof. Dr. Roslan Sulaiman yang turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Ybhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud.

 

 

Program ini juga bertujuan membina jaringan industri dan masyarakat yang prihatin kepada pembangunan lestari menerusi sumbangan keperluan asas sebagaimana sasaran keberhasilan Pelan Strategik UPM 2021-2025. Selain itu program ini juga bertepatan dengan hasrat Naib Canselor UPM, Ybhg Dato’ Prof. Dr. Roslan Sulaiman dalam Naratif Naib Canselor 2023, ikhtiar ketujuh iaitu Menyatukan Kekuatan Alumni. UPM antara Universiti yang mempunyai alumni teramai dan pastinya setiap daripada mereka ini mempunyai kekuatan dalam industri yang tersendiri dan perkongsian daripada mereka akan memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada Universiti.

Program Alumni PUTRA Jannah yang diuruskendalikan oleh Pusat Perhubungan Alumni merupakan program perintis kepada program-program lain bakal menyusul yang melibatkan masyarakat dan komuniti terutama sepanjang Ramadan nanti. Antaranya, Program Musaadah Ramadan yang terbahagi kepada dua aktiviti iaitu Program Mawaddah Ramadan dan Tautan Mahabbah.

Tarikh Input: 22/03/2023 | Kemaskini: 28/03/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEeOAV~