Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG – 8 Februari 2022, bertempat di Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah berlangsung perbincangan mengenai Misi Ekspedisi UPM@Everest bersama Ybhg. Prof. Dr.Roslan SUlaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.
Turut bersama dalam perbincangan itu ialah Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar dan juga pendaki puncak tertinggi dunia iaitu Encik Ravichandran Tharumalingam, Alumni UPM Kelas 1990 yang akan menggalas misi penting membawa nama UPM di puncak dunia iaitu Everest.
Membawa kepada hasil perbincangan awal itu, pada 11 Februari 2022, Ybhg Naib Canselor UPM telah berkesempatan menyempurnakan gimik pelancaran Ekspedisi UPM di Puncak Dunia pada Majlis Naratif Naib Canselor 2022 yang bertemakan “Sederap melangkah Menuju Al-Falah”.
Misi UPM@Everest ini bertepatan dengan 11 Aspirasi yang diuar-uarkan oleh YBhg Naib Canselor pada ucaparan Naratif naib Canselor 2022 iaitu aspirasi ke 11 iaitu Melibatsama Alumni untuk Kelangsungan Universiti.
Ekspedisi yang dijangka bermula pada pertengahan Mac dan berakhir pada Julai 2022 ini boleh disaksikan oleh seluruh warga UPM menerusi TikTok@UniPutra yang akan merakam dan mendokumentasikan setiap perjalanan menuju ke Puncak Everest.
Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 04/04/2022 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor