Majlis Malam Gemilang Canselor 2024 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Malam Gemilang Canselor 2024

Majlis Malam Gemilang Canselor 2024

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil 

SERDANG, 12 Jan - Kolej Canselor Universiti Putra Malaysia yang telah mengadakan Malam Gemilang Canselor 2024 bersempena meraikan pelajar tahun akhir serta kejayaan Kolej Canselor yang menyumbang kepada kolej dalam bidang tertentu. Bertemakan “Arabian & Magical Night”, telah berlangsung dengan meriahnya di Hotel Tenera Bangi. Majlis makan malam ini juga turut dihadiri oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Arifin Abdu (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPM) dan wakil Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM), selaku antara penaja majlis tersebut.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan bagi meraikan dan memberikan kenangan indah kepada para pelajar sebelum mereka meninggalkan alam kampus. Ini juga akan menjadi kenangan apabila mereka ingin kembali ke alma mater suatu hari kelak kerana ingin meraikan momen-momen indah ini bersama rakan-rakan. 

Majlis Malam Gemilang Canselor 2024 juga dihadiri oleh alumni Kolej Canselor tanda sokongan terhadap alma mater dan bersama-sama meraikan pelajar tahun akhir Kolej Canselor. 

ARCUPM mengucapkan tahniah kepada Kolej Canselor diatas penganjuran majlis makan malam ini dengan meriah dan jayanya, dan juga sekalung tahniah kepada pelajar tahun akhir yang diraikan. Semoga terus sematkan semangat ‘berilmu berbakti’ dalam diri masing-masing kerana anda semua bakal alumni UPM. Kembalilah ke alma mater untuk bersama-sama menyumbang bakti kepada universiti tercinta.

Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 03/05/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFMVAM~