Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG, 24 Julai - Berlangsungnya majlis jalinan mesra Persatuan Alumni PALAPES U-Putra (ALPUTRA) bersama PALAPES UPM 2022. Majlis yang berlangsung dalam suasana yang meriah itu telah dihadiri oleh Naib Canselor UPM, YH. Dato' Prof. Dr. Roslan Sulaiman dan juga Presiden Persatuan Alumni PALAPES, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Mazlan Lazim.
Perjumpaan yang julung kali diadakan selepas beberapa tahun tidak dapat diadakan kerana negara diancam wabak Covid-19 telah membuka ruang kepada para alumni PALAPES untuk bertemu dan seterusnya menyerahkan sumbangan yang besar kepada Universiti Putra Malaysia.
Penyerahan replika cek berjumlah RM30,000 telah diserahkan oleh Tan Sri Datuk Seri Mazlan kepada YH. Dato' Prof. Dr. Roslan dengan disaksikan oleh para alumni PALAPES, pelajar dan para pegawai UPM.
Sumbangan yang besar ini amat memberi makna kepada UPM dalam usaha membawa pulang alumi untuk kembali berbakti kepada alma mater. Dengan sumbangan ini juga membuktikan bahawa para alumni UPM tidak kira daripada fakulti, kelas, chapter dan persatuan telah bersama-sama mendokong dan menyokong visi dan misi universiti.
Pada majlis itu, berlangsungnya penyerahan Lukisan Batik Canting 2 Generasi daripada Encik Isnain Ali kepada Tan Sri Datuk Seri Mazlan. Dalam program Membeli Sambil Menyumbang YBhg Tan Sri salah seorang pembeli lukisan yang telah dipamerkan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad yang berlangsung pada 9 Julai hingga 9 Ogos lalu.
Ini juga sebahagian daripada sumbangan alumni kepada pewujudan Biasiswa 2 Generasi melalui pameran dan jualan Lukisan Batik Canting 2 Generasi yang telah dilancarkan tempohari.
Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 17/10/2022 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor