Majlis Apresiasi Pelajar Latihan Industri | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Apresiasi Pelajar Latihan Industri

Majlis Apresiasi Pelajar Latihan Industri

 

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil 

Serdang, 5 Januari - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan bacaan surah Yasin bersempena Tahun Baharu dan majlis apresiasi bagi meraikan pelajar latihan industri yang menamatkan latihan selama empat bulan di ARCUPM.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Yasin bersempena permulaan minggu dan tahun baharu bagi bersama-sama memohon keberkatan dan dipermudahkan segala urusan seharian. Ini juga menjadi amalan di ARCUPM dalam usaha untuk mengeratkan juga silaturrahim  antara staf. 

Usai bacaan yasin dan doa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada staf ARCUPM dan saudara Faris Izzat. Turut disediakan jamuan ringan dan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada ARCUPM.

Saudara Faris Izzat merupakan pelajar tahun akhir Kolej Poly-Tech MARA, Bangi. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar latihan industri ARCUPM iaitu saudara Faris Izzat diatas komitmen dan kerjasama sepanjang menjalani latihan industri bersama ARCUPM.

Tahniah kerana telah menamatkan pengajian dan warga ARCUPM mengucapkan selamat maju jaya dalam perjalanan yang akan datang. Semoga segala pengalaman yang diperoleh di ARCUPM dimanfaatkan sepenuhnya.

ARCUPM sentiasa mengalu-alukan pelajar yang ingin menjalankan latihan industri untuk bersama-sama menimba ilmu di sini. Setiap pelajar yang hadir untuk menjalani latihan akan diberikan tugas dan amanah yang mana segala ilmu itu dapat dimanfaatkan apabila berada dalam dunia pekerjaan yang sebenar kelak.

Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 03/05/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFKTAQ~