2 Oktober 2020, UPM - Dalam menghadapi masa yang sukar ini akibat penularan COVID-19, ACUPM berusaha untuk menyediakan pelbagai cara agar alumni kekal berhubung dengan UPM dan komuniti alumni. Alumni P.K.P (Prihatin.Kolaboratif.Proaktif) merupakan siri webinar yang mengumpulkan para profesional alumni dalam komuniti untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman kerja mereka dengan pelajar, staf dan komuniti.
Program Alumni P.K.P siri 22 ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Zahidi Halim, Pengurus Koperasi Kakitangan, Maktab Koperasi Malaysia (KOOPMKM), Alumni Kelas 1994 dan 1998 bertajuk “Jom Belajar Buat Laman Web Semudah ABC”. Program ini berjaya menarik 40 peserta dalam laman Cisco Webex dan 327 tontonan di live streaming Facebook Alumni UPM.
Tarikh Input: 22/10/2020 | Kemaskini: 22/10/2020 | hafzaini
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor