Edaran Bubur Lambuk Untuk Warga Sang Saka Biru | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Edaran Bubur Lambuk Untuk Warga Sang Saka Biru

Edaran Bubur Lambuk Untuk Warga Sang Saka Biru

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

KUALA LUMPUR, 14 April  - Chapter Alumni Yosh UPM bersama MyFundAction dan disokong oleh Pusat Perhubungan Alumni telah menjalinkan kerjasama bagi penganjuran Program Gotong-Royong dan mengagihkan sebanyak 3,000 pek bubur lambuk kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis (IPD) sekitar Kuala Lumpur di Masjid Bukit Aman hari ini.

Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penjawat awam, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Menerusi Projek “Special Iftar For Ummah” atau singkatannya SIFU, seramai 60 orang sukarelawan yang terdiri daripada Chapter Alumni YOSH UPM dan alumni UPM telah bersama-sama membantu memasak dan seterusnya membungkus bubur lambur untuk diedarkan.

Sebanyak enam IPD yang telah menerima agihan bubur lambuk. Antaranya IPD Sentul, Dang Wangi, Brickfields, Putrajaya, Cheras dan Wangsa Maju.

Secara dasarnya, program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang kerana dengan adanya program sebegini selain dapat mengimarahkan bulan Ramadan itu sendiri, menerusi program begini juga dapat mengukuhkan lagi semangat kerjasama pelajar dan belia bersama barisan hadapan dan komuniti setempat.

Tarikh Input: 29/04/2022 | Kemaskini: 16/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEeNAF~