SERDANG (4 Feb 2016), UPM - Pusat Alumni UPM (ACUPM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Manuskrip bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik dan kemahiran dalam memurnikan naskhah manuskrip.
Bengkel ini dikendalikan oleh dua orang panel berpengalaman daripada DBP iaitu Encik Mohd Azam Juhari selaku Pegawai Perancang Bahasa, Pejabat Ketua Pengarah DBP Wilayah Timur dan Encik Shahrun Nizal Mohd selaku Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Penerbitan DBP. Bengkel Pemurnian Manuskrip ini telah berjaya menarik minat seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada warga UPM.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor