16 Mei 2019: Mawaddah Ramadan Bantu Pelajar Asnaf UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 16 Mei 2019: Mawaddah Ramadan bantu pelajar asnaf UPM

16 Mei 2019: Mawaddah Ramadan bantu pelajar asnaf UPM

SERDANG, 15 Mei 2019 – Pusat Alumni dengan jayanya telah menganjurkan program Mawaddah Ramadan sempena Iftar Mega Putra 2019 yang telah diadakan di perkarangan Dewan Besar, PKKSSAAS, UPM. Projek pada bulan Ramadan ini menyediakan makanan iftar kepada pelajar asnaf yang berpuasa yang mana sebanyak 600 bungkus nasi ayam telah diagihkan kepada pelajar yang terlibat.

Menurut Pengarah Pusat Alumni, Prof. Dr. Hazandy, projek khas sempena Ramadan ini secara tradisinya sangat menarik dalam menyemarakkan semangat bantu membantu di antara satu sama lain dan menyuburkan sifat kedermawanan. Pusat Alumni berharap agar sumbangan yang diberikan ini akan dapat meringankan beban kepada pelajar UPM dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.

 

Pusat Alumni berbesar hati dan berterima kasih kepada para alumni yang menyumbang masa, tenaga dan kewangan sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan program ini mencapai objektif pelaksanaannya. Setinggi penghargaan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) kerana memberi ruang dan peluang kepada Pusat Alumni untuk turut serta dalam program Iftar Mega Putra yang diadakan buat julung kalinya. Kerjasama yang mantap dalam memastikan kelancaran program ini telah pun berjaya dijalankan dan semoga program ini dapat dilaksanakan pada tahun yang akan datang.

Tarikh Input: 17/05/2019 | Kemaskini: 17/05/2019 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEeJAV~