Kolej Tun Dr. Ismail dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) telah mengadakan Kejohanan Golf Alumni Inter-Kolej UPM Sempena Homecoming Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Kediaman 5 di Kelab Golf Uniputra, UPM.
Kejohanan ini telah disertai lebih 20 orang alumni UPM sebagai tanda sokongan terhadap program ini dan disambut baik oleh alumni. “Ukhuwah Disulam, Silaturrahim Dieratkan”, selari dengan tujuan penganjuran kejohanan ini untuk mengeratkan hubungan antara Alumni Kolej 3 (kini dikenali sebagai KTDI) dan Alumni Kolej Kediaman 5.
Kejohanan yang berlangsung seawal 7.00 pagi dan berakhir sekitar jam 3 petang turut memberi peluang kepada ARCUPM untuk melakukan semakan data alumni sama ada yang belum mendaftar dan juga kemaskini maklumat bagi alumni yang telah mendaftar.
Kemaskini data maklumat alumni sangat penting bagi memudahkan untuk melakukan sebarang urusan dan juga jemputan bagi setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh ARCUPM dan juga UPM.
ARCUPM amat mengalu-alukan penglibatan kesemua alumni UPM dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan. ‘Kepulangan’ alumni ke universiti bukan sahaja untuk mengenang kembali memori lama tetapi juga untuk bersama-sama Universiti membawa hala tuju universiti ke arah menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.
ARCUPM mengucapkan terima kasih kepada alumni yang menyambut baik kejohanan ini yang bersama-sama melancarkan program yang diadakan, dan ARCUPM juga menyeru kepada setiap PTj, fakulti dan kolej untuk sama-sama terlibat dalam usaha menjejak dan mengemaskini data alumni UPM.
Date of Input: 31/01/2024 | Updated: 21/11/2024 | suziana.wil
Ground Floor
Office of Deputy Vice-Chancellor
(Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor